 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Umie, Baba & Dina's FotoPage
By: Umie Dina
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Saturday, 26-Jul-2008 08:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jom check apa ada.....
|
|
To all mommy out there kot2 ada sesapa berminat ingin mencuba product from diamond interest can visit this link....
http://www.di2u.com.my/english/index.php?option=com_content&task=view&id=26&Itemid=39
peh tu boley la wat order ngan umie....jom tengok2 apa ada...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 31-Jan-2008 15:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fuhhh...
|
 |
|
Her 1st birthday cake....by umie
|
|
 |
|
brownies pun by umie jugak...
|
|
|
|
laaa...laa...lapuk punya cerita......ihiks... dah dekat 2 bln dina punya birthday....ni baru sempat nak update... ...dh one year dahh buah hati pengarang jantung umie nii....cepatnya masa beralalu..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-Nov-2007 12:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Activiti daa lapuk....baru nak update..
|
|
ni antara menu yg umie masak untuk sayang umie punya bekal...ada banyak lg tp yg umie snap ni joo....
nama rsepi ni ialah tea bread oren dan kurma sumbernya dapat dari buku panduan pemakanan anak.....
simple n easy resepi utk prepare...and the taste not bad laaa...rasa oren manis2 gitu....
so bila daa siap tu bkn dina jer yg bawa bekal umie pun bawa jugak p opis...hehehe
belum potong lagi....baru kuar oven
daa potong masuk tupperware...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 29-Nov-2007 15:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
counting down...
|
|
lagi 9 hari my cayang Dina akan genap 1 yr old.....
sekarang daa pandai bertatihh...
pandai memanjat....sib baik umah tak dak tangga kalu tak mau kurus umie....
susah sngt nak makan nasi....memilih nak makan pun ...selalu kalau umie bagi makan dia akan rasa dulu sikit....then if suite dia punya taste akan continue...kalau dakk..akan geleng kepala...tak nak la tuuu... ....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Oct-2007 13:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Saje nak update...
|
|
|
Gambo2 beberpa minggu lepas....Dina in action....abis di tarik2 apa y dia sampai...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 8-Oct-2007 03:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Source dari PPIM(muslim consumer)--our family memang dah lama tak guna ubat gigi nii...guna halal gel since masa pregnant dina dulu ubat gigi nii jer yg umie bole guna kalo yg lain tuu...akan uwekkk jerrr....ada hikmah gak tu kannn...thank you sayang
EMEL PILIHAN-UBAT GIGI YANG BANYAK MENIMBULKAN PERSOALAN
Saya amat terkejut apabila mendapat info bahawa ubat gigi dari China dikatakan beracun. Bahan – bahan kimia yang beracun dan merbahaya terdapat didalam ubat gigi keluaran China.
Bahan tersebut telah diharamkan di USA dan negara Eropah tapi telah dilambakkan di negara kita yang baru je 50 tahun merdeka. Di pasaran jika kita lihat bagaimana ubat gigi keluaran China seperti Colgate kayu sugi dijual dengan harga yang begitu murah. Di sini dapat dilihat strategi serta pakatan halus untuk menipu pengguna di negara ini dengan mengaburi orang ramai supaya terpedaya dengan iklan kayu sugi ‘Mustapa Maarof’.
Ramai yang terkena bila nampak harga murah tapi tak sedar bahaya bahan beracun dari ubat gigi dari China seperti Colgate dan Darlie. Periksa kandungan serta label dibelakang pengeluar dan pengilang ubat gigi anda jangan beli yang dari China macam Colgate dan Darlie.
Saya juga ada maklumat untuk dikongsi bersama melalui laman web ini
http://cbs2chicago.com/topstories/local_story_193121935.html
Harap semua pihak terlibat dalam perkara ini berbuat sesuatu.
| Quote: | Lama dah tak update photo Dina...lately jarang dah amik gambo dina...nanti la akan update gambo terkini dia...
-->sekarang dah pandai bangun duduk sendiri
-->dah cuba2 nak bangun tapi masih lagi berat badan....so kena sikit bantuan dari umie baru boleh berdiri...
asik nak berdiri jer...& da cuba2 menapak 2-3 langkah...hehehee...
--> dah tak nak baby food lagi dahh...nak makanan adult nye....ape kita makan itu yg die nak..eeee...kekadang risau umie takut perutnya kena work hard nak hadamkan mkn2an tuu..
tapi kalo bagi food dia memang akan tepisnya...end up tak makan laaa....tu yg payah tuu... |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Oct-2007 01:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sanggupkah kita makan ayam????
|
|
Dapat info ni secara tak sengaja dari fp ini : http://izanman.fotopages.com
Rasanya perlu di war-warkan kepada semua...
1. Kajian menunjukkan bahawa 92 % penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.
2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.
3. Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.
4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.
5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya ‘kelihatan’ subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.
6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.
7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan.
Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.
Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.
"Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.
Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.
Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya.
"Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat."
"Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.
Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.
"satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini," ujarnya.
Saya menyeru anda semua supaya berhenti membeli ayam daging dipasaran yang telah diubahsuai susunan genetik nya, dikawal harganya oleh golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming secara kaedah yahudi yang sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.
MARI KITA BERHENTI MAKAN AYAM DAGING DEMI MASA DEPAN BANGSA DAN AGAMA.
SEBARKAN EMAIL INI KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA .... DALAM MASA TAK SAMPAI SATU MINGGU ANDA AKAN MELIHAT HARGA AYAM AKAN TURUN MENDADAK.
JOM BERTINDAK ... DAN KITA LIHAT HASILNYA NANTI!!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Oct-2007 01:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ayam Halal dan Haram
|
|
Info dari fp izanman http://izanman.fotopages.com
Terima kasih izan for sharing the info...
AYAM - sanggupkah Anda Makan
Assalamualaikum semua. petikan daripada email yang diterima
terlanjur sahabat saya, che ismail dah buka cerita, wajib saya berkongsi.
Jika anda pernah come across Majalah 3 pada bulan July ade paparan ttg ayam organic herba di usahakan seorang profesor - Dr Mohamad Zainol Abdul Haja.
Saya tertarik dgn cara pembiakan ayam yg Dr Zainol usahakan, bersih, terkawal dan halal.
Saya dan suami menjejaki Dr Zainol, dpt jumpa, berborak ,sy juga pernah bawa Dr Zainol dan isteri beliau Dr Mumtaz ,berjumpa dgn network saya di Melilea Puchong. Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman dgn kami.
Saya kagumi insan ini,mengorbankan kerjaya profesional utk akhirnye memilih jalan berbakti kepada ummah. Terlalu mudah akidah umat islam di Malaysia kini diperalat, kami sgt sedih. Matlamat kami sama, insyaallah.
Sungguh, teknologi menjadikan kita negara yg moden, teknologi juga akan kemudiannye merosak byk perkara baik dlm tubuh kita..yg akhirnye akan merosak akidah. Kalau hendak dicerita, sgt panjang.
Saya ringkaskan.
Wujud enzim khinzir dlm ayam diper akui setelah bbrp tahun buat research, malah byk website yg ade maklumat ini, sy akan beri add nnt.
Enzim khinzir mungkin tidak terlabel secara individual dlm proses menggemukkan ayam (m'sia tidak akan buat label), tp hasil dari kajian, protein dari khinzir, antibiotik, dan pelbagai lagi mampu menyuburkan ayam, cepat gemuk, lg berat lagi cepat boleh jual, cepat dpt hasil., maka suntikan, makanan ayam ade campuran pelbagai yg sumbernya diragui.
Thats y, dari telur hungga ia menjadi hidangan anda, ayam tidak perlu mengambil masa berbulan bulan..ayam KFC cuma 28 hari, ayam daging mungkin 40 hari...sy tidak pasti.
Lately sibuk harga ayam naik, sy come across pulak seorang pengusaha ayam berbangsa cina di Buletin Utama 2 mlm yg lalu, "harga ayam mesti mau naik sikit, makanan ayam pun sulah naik halga, itu UBAT ayam pun sudah naik halga"...ubat ???..tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya....anda fikirkan, anda nilailah. Ayam kat malaysia ni sampai dah macam tak cukup supply, harga semakin lama semakin naik, yg gemuknye pengusaha ayam cina inilah.
Halal ke ayam daging?
tidak mengapa jika anda pasti dan yakin ttg kehalalannye, tambahan di Malaysia ade sykt besar yg melabelkan halal utk ape pun jua produk ayamnye. tetapi Taraf Halal itu, saya anggap ia hanye di kategorikan utk PROSES PENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt itu..even pernah masuk TV, tetapi cara ayam dibesarkan, diberi mkn makanan yg bagaimana tidak mungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan....anda fikir bagaimana?
Sy pernah bertanye kpd Dr Zainol, government negara islam ini tak berbuat ape ape ke? Dia jawab, it happens around the world nanee. its the technology!!
Percaya atau tidak, sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ade enzim khinzir, beliau menangis, after a long time of research, baru skrg confirm!!
Saya juga sgt sedih..sgt sgt sedeh. Bayangkan kotornye, hinanya makanan yang kita mkn, makanan yg membentuk 'kita'.
Ayam daging biasanya dlm 20 minutes kalau letak kat luar peti sejuk mesti lalat dah datang, bau dia mak aaaaiiiii...senang hanyir, kenapa? Ade certain part part ayam ni daging dia punyelah padat dan banyak kan...kenapa ye...fikir fikirkan.
Saya tidak berniat mempromosi ape ape, sy juga tiada share dlm biz Dr Zainol, tapi saya seru,kepada sesiapa sahabat yg terbaca email ini,mungkin skrng tiba masanye kita mengubah sumber pemakanan kita.. maafkan saya jika terlambat bercerita, sy hanya manusia,kdg2 sy takut juga pandangan ikhlas saya di salah erti. Pernah beberapa kali sy bercerita kpd kwn kwn, tapi cerita sy di anggap seperti diada adakan, malah ade yg tak respon ape ape, (bila pk pk kelakar pun ade, takkan benda dasyat mcm ni takde respon ek...) jd sy berhenti bercerita seketika.. maafkan sy terlambat memanjangkan kepada kwn kwn..but anyway inilah sebenarnye tanggungjawab kita.
Fwd this mail to your friends, kita ambillah tanggungjawab ini. insyaaallah Allah berkati.
last mth pun article Ayam Organic ade keluar kat Berita Harian, full page, kat dlm tu pun ade ttg enzim khinzir ini.
Anyway sy dan keluarga kini tidak lagi risau harga ayam daging ni naik ke turun ke, lantokkkkkk le dia....
Ayam organic jauh lebih sedap, manis n tak byk daging., yg penting kita pasti ttg sumber pembesaran ayam ini., insyaallah
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Sep-2007 05:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
INFO SIHAT : Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam
|
|
Found this dalam webpage muslim consumer organisation...just to share with all my frends
Sumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 Ruangan Fakta Menarik
Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.
Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.
Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.
KISMIS-
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.
SUSU SEGAR-
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.
HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya
DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.
DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.
HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.
BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula
BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.
BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.
LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.
SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Sep-2007 07:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Open your mouth...let me check your teeth
|
|
Suka sgt dina buat mulut mcm tu...stay depan cermin then buat la mulut mcm tu...anak dara...anak dara...
tgk la tu...kekadang tu buat mcm muka org terkejut sekali...eee selalu wat umie nak tergelak ngan keletahnya...
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|